Tuesday, 21 May 2013

PENGENALAN

Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol atau singkatannya (PEARL) merupakan persatuan pelajar lepasan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. PEARL ditubuhkan secara rasmi pada 10 September 2011. Pada 5 September 2012, PEARL telah disahkan & diiktiraf sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-018-05-05092012.

Dasar :

Menyatu padukan bekas pelajar SBPI Jempol, menjalankan program dalam kalangan ahli dan membantu pihak sekolah menjalankan program yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar SBPI Jempol.

Objektif :

1) Menyatu padu serta mengerat hubungan silaturrahim seluruh bekas pelajar-pelajar SBPI Jempol.

2) Memberi khidmat bakti kepada ahli dan warga SBPI Jempol yang difikirkan perlu dan munasabah.

3) Membantu mengembangkan taraf pemikiran.

4) Sebagai medium antara pihak sekolah dengan Alumni Pelajar. 

No comments:

Post a Comment